Kuala Lumpur: Kelewatan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah disebabkan keperluan memperjelas beberapa tafsiran berlandaskan undang-undang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu berlaku berikutan terdapat persoalan undang-undang berkaitan tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat dan kesan perundangan Perintah Pelepasan bertarikh 6 November.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menegaskan bahawa tanggungjawab kementerian dan Jabatan Penjara adalah memastikan setiap keputusan berkaitan pelaksanaan hukuman dan tahanan dilaksanakan berdasarkan undang-undang serta arahan mahkamah yang sah.
"Ini merupakan kes berprofil tinggi yang mempunyai implikasi politik dan persepsi awam yang besar.







