Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penyanyi, Aina Abdul, 33, yang membawa nama Malaysia mampu memberi persembahan terbaik di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada Sabtu ini.
Anwar menerusi hantaran di Instagramnya berkata, pnyertaan penyanyi itu membuktikan bakat serta karya anak Malaysia mampu melangkah jauh dan bersaing di peringkat antarabangsa.
"Selamat maju jaya buat Aina Abdul yang akan membawa nama Malaysia di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.
"Penyertaan Aina membuktikan bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di pentas antarabangsa. Pastinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini," tulisnya di ruangan kapsyen.








