Kuala Lumpur: Keluarga 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu mendesak Wisma Putra memberikan penjelasan segera berhubung status dokumen kematian.
Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, berkata keluarga mangsa bimbang penggunaan istilah sijil kematian boleh menimbulkan implikasi perundangan sekiranya individu yang masih hilang itu ditemukan hidup pada masa depan.
Katanya, istilah yang sepatutnya digunakan kerajaan ialah sijil anggapan kematian dan bukannya sijil kematian seperti yang didakwa sebelum ini.
"Kami mahu Wisma Putra menjelaskan sama ada istilah sijil kematian itu memang digunakan kerajaan Nepal atau negara kita yang menggunakan istilah berkenaan.










