KUALA LUMPUR: Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk menggantung pelaksanaan perintah pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tanpa mendapatkan perintah penangguhan daripada pihak berkuasa berkaitan.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata sekiranya terdapat kekaburan dalam tafsiran dokumen berkaitan pelaksanaan tahanan rumah Najib, Peguam Negara sepatutnya mendapatkan penjelasan atau memohon perintah mahkamah terlebih dahulu, bukannya menangguhkan pelaksanaan pengampunan.
Beliau berkata, prinsip undang-undang menetapkan hak seseorang banduan tidak boleh dinafikan hanya kerana wujud persoalan atau kekeliruan terhadap sesuatu dokumen.
"Kalau Peguam Negara merasakan ada kemusykilan, beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan pelaksanaan perintah itu perlu dihentikan sementara sehingga mendapat penjelasan.








