Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mengajak bekas hos The Daily Show, Trevor Noah, melakukan crowdfunding (pendanaan awam) sekiranya berlaku apa-apa susulan lawak yang dipersembahkan pelawak itu malam ini.
Terdahulu, Anwar memberikan beberapa cadangan kepada pelawak Trevor Noah mengenai topik jenaka dalam persembahannya malam ini, susulan satu pertemuan santai mereka.
Anwar yang berkongsi gambar pertemuan mereka di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menerusi Facebook memaklumkan, mereka berbual mengenai politik, humor dan pelbagai kisah dengan diiringi banyak gelak tawa sepanjang pertemuan itu.
"Seronok terima kunjungan Trevor Noah hari ini. Kami sempat bicara soal politik, humor dan macam-macam cerita yang diselang-seli gelak tawa.









