KUALA LUMPUR: MFTech Global (M) Sdn Bhd menyasarkan untuk membangunkan rangkaian peralatan pendidikan berjenama sendiri menjelang 2030, khususnya bagi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Syarikat dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dirancang bagi memperluas peranan syarikat daripada pembekal peralatan sektor awam kepada pemilik jenama yang turut terbabit dalam pemilihan produk, penetapan spesifikasi dan kedudukan produk dalam pasaran.
Ditubuhkan pada 2017 sebagai MF Technology Supply & Services (M) Sdn Bhd, syarikat berkenaan memulakan operasi dengan hanya dua individu di sebuah rumah kedai tingkat atas sebelum mengembangkan portfolio pembekalannya secara berperingkat.









