Lebuhraya Pan Borneo antara projek pembangunan utama kerajaan Persekutuan yang berdepan kelewatan pelaksanaan.PETALING JAYA: Pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud mengenai kelemahan berterusan dalam pelaksanaan projek pembangunan dibiayai kerajaan Persekutuan di Malaysia Timur menunjukkan perubahan positif ke arah akauntabiliti lebih besar, kata penganalisis politik.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata kenyataan itu penting kerana ia menunjukkan kesediaan untuk menilai secara terbuka keberkesanan Putrajaya, bukan sekadar menjadikan peningkatan peruntukan Persekutuan sebagai ukuran kejayaan.

Awang Azman Pawi.“Dari sudut politik, ini menunjukkan peralihan daripada politik mengumumkan peruntukan kepada politik yang menekankan hasil sebenar pembangunan,” katanya kepada FMT.