Azmi Hassan berkata Bersatu berharap kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan dapat diteruskan hingga PRU akan datang.PETALING JAYA: Penyertaan Bersatu dalam PRN Melaka dilihat sebagai ujian terhadap keupayaan parti itu memecahkan undi Melayu dan menghalang kemenangan gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN), kata seorang penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Bersatu menyertai pilihan raya itu dengan harapan dapat membuktikan kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa parti berkenaan mampu menjadi sekutu penting pada PRU16, khususnya dengan menarik undi Melayu daripada BN dan PN.

Azmi Hassan.Katanya, perpecahan undi Melayu boleh memberi kelebihan kepada PH, terutama di empat kerusi campuran iaitu Gadek, Ayer Keroh, Pengkalan Batu dan Kelebang, yang menyaksikan Bersatu dan PH sama-sama bertanding.