London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pemain muda, Max Dowman perlu belajar menangani tuntutan bola sepak peringkat tertinggi selepas dilayangkan kad merah ketika kekalahan pasukan berkenaan dalam saingan Piala Liga kepada kelab divisyen empat, Fleetwood Town.

Dowman, 16, turut terpaksa menjalani penggantungan tiga perlawanan dan bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool, Isnin ini.

Pemain remaja itu dilayangkan kad merah pada minit ke-85 dalam aksi pusingan keempat, selepas terbabit pertelingkahan dengan pertahanan, Harrison Neal.

Arsenal kemudian tewas 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.