Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah baharu bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman kes SRC International melalui tahanan rumah.
Keputusan itu menyusuli pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September, termasuk syarat pembayaran denda RM50 juta.
Seperti dijangka banyak pihak, Anthony Loke melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan hari ini susulan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.
Tindakan Setiausaha Agung DAP ini menimbulkan satu persoalan besar, iaitu sejauh manakah seorang pemimpin yang menjadi sebahagian daripada pimpinan kerajaan boleh menjadikan pelaksanaan keputusan dibuat oleh satu institusi terpenting negara sebagai titik pencetus protes politik yang dramatik?









