Seremban: Menteri Besar Datuk Ismail Lasim memaklumkan bahawa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan kekal berlangsung seperti ditetapkan, iaitu pada 26 November ini, disusuli dengan pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada keesokannya.

Beliau berkata, semua pihak diminta menunggu notis rasmi berhubung pelaksanaan persidangan berkenaan kerana notis terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Insya-Allah, tiada perubahan seperti ditetapkan (Persidangan DUN). Notis itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Tunggulah notis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2026 di sini, lewat petang tadi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim.