SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka berlangsung mengikut perancangan kerajaan negeri dengan notis mengenainya bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kesemua pihak diminta menunggu notis rasmi berhubung pelaksanaan persidangan berkenaan.

“Insya-Allah, mungkin notis itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Tunggu notis,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ismail menegaskan tidak akan membiarkan DUN terbubar secara automatik susulan isu yang masih belum selesai membabitkan institusi pemerintahan negeri itu.