Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Anthony Loke atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang berpegang teguh pada prinsip.

ALOR GAJAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan penghargaan kepada Anthony Loke atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahmad Zahid turut menyifatkan Loke sebagai seorang pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendiriannya.

“Saya mengucapkan terima kasih selama beliau sebagai anggota Jemaah Menteri. Kebetulan beliau duduk sebelah kanan saya dalam Mesyuarat Kabinet, dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet.