SINGAPURA: Rangkaian media 'omnichannel' Singapura, SPH Media memaklumkan bahawa ia baru-baru ini mengesan serangan siber terhadap lima sistemnya, mengakibatkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memberi jaminan bahawa tiada butiran kad pembayaran, maklumat kewangan atau perbankan, mahupun kelayakan akaun pelanggan yang terjejas.
Menurutnya, serangan siber berkenaan membabitkan dua kumpulan sistem, iaitu sistem yang mengandungi sebahagian data peribadi dan sistem yang tidak menyimpan sebarang data peribadi.
"Bagi kumpulan pertama, maklumat yang terdedah sebahagian besarnya merangkumi alamat e-mel, selain beberapa nama, alamat surat-menyurat dan nombor telefon.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

