JAKARTA – Dua lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak di luar kawalan dengan mengejar anggota polis menggunakan sebilah parang di Sleman, Yogyakarta, setelah ditegur kerana memasang muzik terlalu kuat, lapor saluran berita Lambe Turah.

Kejadian di jalan Babarsari, Caturtunggal, Depok turut tular di media sosial selepas rakaman video menunjukkan suspek bersenjatakan parang mengejar anggota polis yang memakai jaket pemantul cahaya hijau di tengah jalan raya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sleman, Inspektor Polis Satu (Iptu) Argo Anggoro mengesahkan kejadian dan menyatakan, anggotanya bergegas ke lokasi selepa menerima aduan orang awam, baru-baru ini.

“Bertindak atas laporan penduduk berhubung bunyi bising muzik yang berlarutan hingga ke pagi, anggota Balai Polis Depok Barat bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.40 pagi (waktu tempatan) bagi memberi nasihat dan menyelesaikan gangguan tersebut.