JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengurus dipercayai menjadi dalang untuk memecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi bagi menghapuskan bukti pecah amanah sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM28.4 juta, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada pukul 11.42 pagi itu, suspek dipercayai memecah masuk premis tersebut melalui pintu hadapan sebelum keluar melalui pintu belakang dengan membawa barang kemas dan wang tunai.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan tujuh individu termasuk dua wanita tempatan berusia 29 hingga 48 tahun secara berasingan di Kota Tinggi dan Johor Bahru pada 7 hingga 8 November lalu.
“Polis merampas sebanyak 2,891 barang kemas, wang tunai RM27,371, dua keping resit pajak gadai, dua jambak kunci, dua beg silang dan sebuah telefon bimbit.








