KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan berlaku insiden membabitkan sebuah tren di Stesen KL Sentral kira-kira jam 5.15 petang Selasa, dipercayai berpunca daripada masalah sistem brek.Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, tren yang terlibat telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan pemeriksaan terperinci akan dijalankan di depoh sebagai langkah keselamatan."Kesemua penumpang diturunkan dengan selamat di Stesen Bangsar sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya."Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya terus beroperasi seperti biasa," katanya pada Selasa.Insiden itu turut menyebabkan kepulan asap keluar dari tren berkenaan susulan masalah pada sistem brek.Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang terjejas akibat insiden tersebut.Pihaknya memberi jaminan keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aspek operasi perkhidmatan.