Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab satu hantaran di Threads malam tadi di mana seorang warganet memuat naik gambar kesesakan stesen LRT Gombak dan Taipan. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, kementeriannya, dan Rapid KL menyelesaikan masalah kesesakan perkhidmatan kereta api.
Dalam hantaran di Threads, Anwar menyeru pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian segera bagi mengatasi isu tersebut.
"Ambil perhatian pada permasalahan ini dan cari penyelesaian segera.
"Kerap kali terjadi dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak. Kita mesti lebih peka dan bertindak," katanya.






