Banduan Gan Chin Eng maut susulan rusuhan di Penjara Taiping pada 17 Jan 2025, di mana hampir 100 banduan didakwa diserang 60 pegawai penjara. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Keluarga banduan yang meninggal dunia susulan rusuhan di Penjara Taiping tahun lalu memfailkan rayuan dalam usaha mendapatkan rakaman CCTV berhubung kejadian itu.
Banduan Gan Chin Eng maut selepas rusuhan berkenaan, yang berlaku pada 17 Jan tahun lalu, didakwa menyaksikan hampir 100 banduan diserang 60 pegawai penjara.
Gan sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan pengedaran dadah.
Awal tahun ini, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai rusuhan tersebut mengesyorkan pengawasan lebih ketat terhadap penjara, selain menyeru penutupan Penjara Taiping atas alasan keadaannya yang semakin uzur.







