JAKARTA – Tindakan sekumpulan jemaah menunaikan solat Jumaat sehingga memenuhi sebahagian besar laluan jalan raya di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia mencetuskan perhatian ramai selepas tular di media sosial baru-baru ini, lapor saluran berita Radar Kediri.
Kejadian yang berlaku di Desa Bengkel, Mukim Labuapi baru-baru ini menyebabkan lalu lintas terhenti sepenuhnya apabila penunggang motosikal dan pemandu kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Menerusi rakaman video yang beredar, para jemaah dilihat membentangkan sejadah dan solat di atas jalan raya sehingga tiada ruang berbaki untuk kenderaan melintas.
Situasi tersebut memaksa pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan masing-masing dan menunggu sehingga keseluruhan ibadah selesai dilaksanakan. – AGENSI










