SEREMBAN – Notis Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, semua pihak diminta menunggu notis berkenaan yang kemungkinan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila notis itu akan dikeluarkan.
“Tunggulah notis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi dan Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 di Seremban hari ini.










