London: Michael Carrick bakal dipecat Manchester United susulan permulaan hambar pasukan itu dalam saingan musim ini, menurut laporan media pada Selasa.

Pihak pengurusan United dilaporkan sedang menjalankan semakan dalaman terhadap prestasi mengecewakan kelab itu dan Carrick dipercayai bakal dilepaskan daripada tugasnya dalam masa terdekat.

United kini melalui permulaan musim terburuk dalam tempoh 40 tahun, sekali gus menghuni zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan.

Walaupun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox dilaporkan cenderung untuk memecat Carrick.