LONDON: Manchester United mengambil keputusan untuk mengekalkan Michael Carrick sebagai pengurus selepas pihak pengurusan gagal menemui calon pengganti yang diyakini mampu mengubah nasib kelab itu.
Keputusan mengejut itu menyaksikan pemilik bersama United, INEOS, mengubah pendirian untuk tidak memecat Carrick meskipun pasukan berkenaan gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan dan kini menghuni tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Carrick dipanggil menghadiri perbincangan krisis di pusat latihan Carrington, kelmarin, sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk memberinya peluang memperbaiki prestasi pasukan.
Pengendali itu sekurang-kurangnya akan terus membimbing United bagi kunjungan ke Chelsea, Sabtu ini, malah beliau turut mengendalikan sesi latihan semalam selepas pemain diberikan cuti seperti biasa sehari sebelumnya.









