London: Manchester United menutup minggu penuh pergolakan dengan keputusan seri 1-1 menentang Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi sekali gus gagal meredakan tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick.

The Red Devils bertandang ke gelanggang seteru tradisi mereka dengan misi mencari kebangkitan, namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas Dominic Calvert-Lewin memadam kelebihan awal Bryan Mbeumo pada babak pertama.

United kini hanya mencatat satu kemenangan daripada tujuh perlawanan liga musim ini selain gagal meraih kemenangan dalam enam aksi terakhir bagi semua pertandingan.

Carrick, yang menjalani musim penuh pertamanya sebagai pengendali, masih tercari-cari penyelesaian apabila pasukannya dilihat ketandusan kualiti dan keyakinan.