LONDON: Michael Carrick bakal dipecat Manchester United susulan permulaan hambar pasukannya musim ini, menurut laporan, hari ini.

Pihak pengurusan tertinggi United sedang menjalankan penilaian dalaman terhadap prestasi buruk kelab itu dan dipercayai Carrick akan dilepaskan daripada tugasnya dalam masa terdekat.

United kini melalui permulaan musim terburuk mereka dalam tempoh 40 tahun, sekali gus menyebabkan mereka terperosok dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan perlawanan tanpa kemenangan.

Walaupun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox dilaporkan cenderung untuk memecat Carrick.