KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa lori dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta peronda polis di lorong kecemasan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dalam kejadian tular pada Sabtu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 1.05 tengah hari itu melibatkan kenderaan peronda Balai Polis Petaling.Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan peronda polis sedang berhenti di lorong kecemasan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan awam."Sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang dari arah belakang melalui lorong kecemasan sama sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan peronda berkenaan."Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang gagal mengawal kenderaannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan sebuah lori melanggar kereta peronda polis di lorong kecemasan sebuah lebuh raya di sini.Mohd Zamzuri berkata, anggota polis dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.Katanya, ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu lori mencatatkan bacaan sifar, manakala ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif."Pemandu lori terbabit telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan."Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) secepat mungkin," katanya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Pemandu lori dakwa hilang kawalan sebelum langgar kereta peronda polis

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 37 tahun mendakwa lori yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar kereta peronda polis di lorong kecemasan lebuh raya.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.05 tengah hari di lorong kecemasan Lebuhraya Shah Alam.
- Siasatan awal mendapati pemandu lori gagal mengawal kenderaannya.
- Tiada kecederaan kepada anggota polis dan pemandu lori dalam kejadian itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kereta hilang kawalan punca nahas ragut nyawa suami isteri
- Berita Harian Van Rapid KL hilang kawalan, terbalik
- Sinar Harian Pemandu lori dakwa hilang kawalan sebelum langgar kereta peronda polis (this story)









