HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 50-an maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kuala Lumpur–Ipoh, berhampiran stesen minyak Five, Kalumpang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa yang memandu kereta dari Batang Kali menuju ke Ulu Bernam dipercayai hilang kawalan selepas kenderaannya melanggar seekor babi yang melintas dari kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran berkata, kereta tersebut kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum sebuah lori dipandu lelaki berusia 30-an dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggarnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.