KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai bertembung dengan babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori berhampiran sebuah stesen minyak di sini pada Rabu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.16 pagi."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 7.32 pagi mendapati mangsa berusia 53 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dan tersepit di dalam kereta Perodua Kancil."Kita berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira lima minit kemudian. Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa meninggal dunia."Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Lelaki maut kereta bertembung babi hutan

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas keretanya bertembung dengan babi hutan dan melanggar lori.
- Kecemasan diterima pada jam 7.16 pagi di Kuala Kubu Bharu.
- Mangsa ditemukan tersepit dalam kereta dan dikeluarkan dalam masa lima minit.
- Mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki maut kereta terbabas rempuh tiang monorel
- Berita Harian Babi hutan punca pemandu kereta tersepit rempuh lori
- Sinar Harian Lelaki maut kereta bertembung babi hutan (this story)
- Harian Metro Babi hutan punca lelaki tersepit rempuh lori








