SHAH ALAM: Rapid KL mengesahkan van perkhidmatan Rapid On Demand bagi zon T726B (Jalan Meru-Taman Eng Ann) terbabas berhampiran Persimpangan Berkeley, Lebuhraya Persekutuan di sini, pagi tadi.

Rapid KL dalam kenyataannya berkata, insiden berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan menuju ke hab LRT di Jalan Meru, 5.05 pagi tadi.

"Semasa melalui persimpangan berkenaan, van dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu menyebabkannya terbalik.

"Bomba dan ambulans menjalankan operasi menyelamat serta memberikan bantuan kecemasan.