KUALA LUMPUR: Kegagalan menjelaskan ansuran anggaran cukai pendapatan menerusi Skim Bayaran Ansuran (CP500) tidak menyebabkan pembayar cukai dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara secara automatik.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata ini kerana CP500 hanya membabitkan pembayaran anggaran cukai dan bukannya taksiran cukai muktamad.

Skim itu mewajibkan pembayar cukai tertentu, khususnya mereka yang memperoleh pendapatan selain penggajian tetap, membayar anggaran cukai pendapatan tahunan secara ansuran.

"Kegagalan menjelaskan ansuran CP500 tidak menyebabkan pembayar cukai dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara memandangkan CP500 bukanlah suatu taksiran cukai muktamad.