JOHOR BAHRU: Semua pihak perlu berhenti daripada mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meringankan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak supaya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata ia juga dimuktamadkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui prosiding klarifikasi semalam.

Mahkamah itu membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda dan menggantikan dengan perintah bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selaras Perintah Pengampunan Bersyarat.

"Ya saya setuju, jangan pertikaikan kuasa prerogatif Agong yang meringankan hukuman terhadap Datuk Seri Najib.