Shaanxi: Seorang lelaki didakwa merosakkan sebuah pusat perkhidmatan kerajaan di Wilayah Shaanxi, China, menggunakan jengkaut sehingga menyebabkan beberapa bahagian kompleks bangunan itu rosak dalam kejadian yang berlangsung hampir sejam.

Memetik NDTV, kejadian itu berlaku pada 9 November lalu di Pusat Perkhidmatan Kerajaan Fengdong New City, Kawasan Baharu Xixian, Xi'an.

Susulan itu, polis kemudian menahan suspek berusia 47 tahun itu dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pekerja pusat itu berkata, prosedur pemindahan kecemasan diaktifkan bagi membolehkan kakitangan serta orang awam meninggalkan premis dengan selamat.