Key takeaways
Pengerusi BN Melaka, Datuk Dr Ab Rauf Yusoh, menyatakan pelaburan di negeri itu akan membuka peluang pekerjaan dan kerajaan negeri akan menyediakan tenaga kerja. Beliau juga memuji kesiapsiagaan jentera parti di DUN Ayer Limau menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka pada hari Sabtu.
- Ab Rauf berkata syarikat pelabur memerlukan pekerja dan kerajaan negeri akan memenuhi keperluan tenaga kerja tersebut.
- Kenyataan ini mengulas pandangan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, yang mahu pelaburan memberi pekerjaan berkualiti dan pendapatan tinggi.
- Ab Rauf memuji tahap kesiapsiagaan jentera parti di DUN Ayer Limau ketika berbaki tiga hari lagi sebelum pengundian.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Masjid Tanah: Pelaburan yang masuk ke Melaka pastinya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Dr Ab Rauf Yusoh berkata, syarikat yang melabur memerlukan pekerja untuk menjalankan operasi dan kerajaan negeri berperanan menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan itu.
"Pastinya pelaburan ini mencerminkan peluang pekerjaan dan tenaga kerja yang bakal dibekalkan oleh kerajaan negeri.
"Ia sekali gus membuka peluang kepada rakyat untuk mendapat pekerjaan," katanya ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di sini, hari ini.