Masjid Tanah: Pelaburan yang masuk ke Melaka pastinya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Dr Ab Rauf Yusoh berkata, syarikat yang melabur memerlukan pekerja untuk menjalankan operasi dan kerajaan negeri berperanan menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan itu.
"Pastinya pelaburan itu mencerminkan peluang pekerjaan dan tenaga kerja yang bakal dibekalkan oleh kerajaan negeri.
"Ia sekali gus membuka peluang kepada rakyat untuk dapat pekerjaan," katanya ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau hari ini.









