KUALA LUMPUR: Perkembangan pesat industri pusat data susulan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) berpotensi membuka pasaran baharu kepada PETRONAS menerusi pembekalan gas asli bagi menjana tenaga untuk menyokong operasi kemudahan berkenaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata permintaan tenaga daripada pusat data boleh mewujudkan peluang komersial kepada industri gas negara, khususnya menerusi penjualan gas pada harga pasaran berbanding eksport melalui kontrak jangka panjang.
Katanya, Malaysia mengeksport kira-kira 30 juta tan metrik gas asli cecair (LNG) setahun dan perkembangan industri pusat data membuka ruang untuk memanfaatkan sebahagian sumber tenaga itu bagi memenuhi keperluan domestik.








