SABAK BERNAM: Seorang wanita warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Kampung Baru di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, mangsa berusia 87 tahun ditemukan oleh anak saudaranya yang mahu menghantar ubat ke rumah mangsa.
"Kejadian disedari kira-kira 3.30 petang, sebelum maklumat mengenainya diterima kaunter aduan Balai Polis Sabak Bernam.
"Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit yang direkodkan di mana-mana hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.










