Kuala Lumpur: Peguam Datuk Seri Najib Razak dijadual bertemu Hakim Mahkamah Tinggi petang ini bagi membincangkan pertikaian berhubung perintah pelepasan yang mengarahkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Kes itu akan disebut di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, di sini.

Pagi hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan pembetulan bagi memohon mahkamah menyemak semula perintah pelepasan bertarikh 6 November lalu dan mengeluarkan perintah baharu yang selaras dengan pengampunan bersyarat diberikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Najib pada 18 September lalu.