JAKARTA: Indonesia merancang membatalkan, mengehadkan atau menolak pemberian hak pengusahaan tanah membabitkan 11 syarikat yang disyaki terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan, susulan penilaian kerajaan terhadap kawasan konsesi masing-masing.
Menteri Agraria dan Perancangan Ruang, Nusron Wahid, berkata langkah itu diambil berdasarkan syor Badan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia.
Beliau berkata, kementeriannya sudah membahagikan 11 syarikat berkenaan kepada lima kategori berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan.
"Data telah diserahkan dan kini hanya penyediaan draf surat keputusan yang masih belum selesai. Kami akan mengumumkannya tidak lama lagi," kata beliau menurut kenyataan Kementerian Agraria dan Perancangan Ruang.










