Indonesia merancang membatal, mengehad atau menolak pemberian hak pengusahaan tanah selepas kebakaran jejas lebih 50% kawasan konsesi syarikat terbabit, selain kekurangan kemudahan dan infrastruktur, kebakaran berulang serta pelanggaran syarat penggunaan tanah. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Indonesia merancang membatal, mengehad atau menolak pemberian hak pengusahaan tanah membabitkan 11 syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan susulan penilaian kerajaan terhadap kawasan konsesi masing-masing.
Menteri Agraria dan Perancangan Ruang, Nusron Wahid, berkata langkah itu diambil berdasarkan syor Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia.
Beliau berkata, kementeriannya telah membahagikan 11 syarikat itu kepada lima kategori berdasarkan hasil penilaian.









