KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraff, 37, menyokong usaha Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memperkukuh mekanisme penguatkuasaan undang-undang berkaitan kegagalan membayar nafkah anak, yang disifatkan penting bagi melindungi kebajikan ibu tunggal dan anak-anak.

Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, berkata penambahbaikan mekanisme sedia ada perlu dilaksanakan segera bagi memastikan golongan wanita tidak terus terbeban dengan tanggungjawab membesarkan anak sendirian, terutama apabila bekas pasangan gagal menunaikan kewajipan memberi nafkah.

Beliau berkata, isu berkenaan bukan perkara kecil kerana ramai wanita terpaksa berdepan kesukaran meneruskan kehidupan selepas ditinggalkan tanpa bantuan kewangan sewajarnya.