KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Taman Duta di sini, hari ini, berkuat kuasa serta-merta.
Ia untuk bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya melalui tahanan di rumah bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin, membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta bertarikh 6 November lalu.
"Ia digantikan dengan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan di rumah," katanya.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-14_229477.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)