SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang dikatakan menghidap Skizofrenia ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh semasa berada di sebuah pusat jagaan di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil bedah siasat ke atas lelaki dari Machang, Kelantan berusia 42 itu mendapati terdapat kesan kecederaan di dada.Menurutnya, semasa pengadu bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.02 malam, memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri.'"Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di pusat jagaan dan rawatan pesakit mental di mana kesemua penghuni di premis tersebut mempunyai masalah mental."Sebelum itu, pihak hospital yang hadir sekitar jam 7 malam mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.Menurut Hanyan, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijalankan pada Selasa.Berikutan itu, seorang lelaki yang juga penghuni pusat jagaan sama berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan."Suspek berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang dikesan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan enam kes narkotik," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.