DALLAS: Kontroversi yang pernah mencetuskan kecaman antarabangsa tidak menghalang penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West, mencipta sejarah apabila konsertnya di Stadium AT&T, Dallas, Sabtu lalu, dibanjiri 83,132 penonton.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan persembahan berkenaan konsert hip-hop dengan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah AS, selain menduduki tangga kelima konsert dengan kutipan tertinggi di negara itu.
Menurut laporan Variety, konsert yang berlangsung hanya untuk satu malam itu menjana kutipan kasar melebihi AS$18 juta (RM74.94 juta), berdasarkan angka yang diberikan wakil penyanyi berkenaan.
Lebih menarik, kejayaan itu menyaksikan West atau nama sebenarnya Ye, memecahkan rekod kehadiran yang diciptanya sendiri sebanyak tiga kali sepanjang tahun ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSaifuddinNasutionIsmaildfds_146292.png&w=480&output=webp&q=85&we)

