TANGGA BATU: Barisan Nasional (BN) mahu melakukan lebih baik daripada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai kerajaan baik ketika ini, sekiranya diberi kepercayaan rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui pelbagai perkara baik sudah dilaksanakan kerajaan ketika ini, namun BN mahu meningkatkan lagi pencapaian berkenaan.
"Insya-Allah, jika ini berlaku, kita mahu melihat bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah merupakan kerajaan yang baik. Yang baik, yang bagus, yang buat macam-macam.
"Saya ulang, kerajaan ini baik. Saya ulang, kerajaan yang baik! Tetapi Insya-Allah, kalau kita diberi kepercayaan, kita akan buat lebih baik! Insya-Allah, tetapi itu kita tunggu dulu," katanya.









