Paris: Pemegang rekod tujuh kali menjuarai Paris Masters, Novak Djokovic muncul pemain paling berusia memenangi perlawanan dalam sejarah kejohanan itu selepas menewaskan wakil Monaco, Valentin Vacherot 6-7(5), 7-5, 6-1 pada pusingan pertama, sekali gus mengekalkan peluangnya untuk layak ke ATP Finals.
Pemain berusia 39 tahun itu mengharungi musim yang mencabar apabila berjaya mara ke final Terbuka Australia dan separuh akhir Wimbledon, namun tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka Perancis serta pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Djokovic meraih gelaran ke-102 sepanjang kariernya menerusi kejayaan di Terbuka China bulan lalu, namun mengalami penyingkiran awal di Shanghai dan Basel.










%2Ffile%2F1163%2F1c6039e7215d1f0f5e0e709f5389fa01.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)