Tehran: Iran mempamerkan papan iklan gergasi dan sepanduk di seluruh Tehran pada 3 November, semalam, yang mengugut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
"Kami akan membunuh Trump", tertera pada papan iklan di kawasan sibuk Dataran Enghelab yang memaparkan Trump berada di sebalik jeriji penjara dengan kepala tertunduk.
Satu lagi papan iklan berhampiran menunjukkan Trump bersama Naib Presiden AS, JD Vance, utusan khas, Steve Witkoff dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dengan wajah berlumuran darah serta pakaian koyak, berlatarbelakangkan bendera Israel dan AS yang lusuh.
Puluhan orang turut berkumpul di dataran berkenaan sambil mengibarkan bendera merah dan membawa sepanduk tertera tulisan 'Darah akan tumpah', selain menuntut pembalasan atas kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dalam serangan AS-Israel pada 28 Februari lalu.








