SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menimpa penghuni berumur 42 tahun itu daripada seorang pekerja di pusat berkenaan pada pukul 7.02 malam tadi.
“Sepasukan pegawai dihantar ke lokasi pusat berkenaan dan mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri sebelum ketibaan kakitangan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kematian lelaki berkenaan.
“Pihak kita turut menemui tiga tompokan darah dan pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan luka yang tidak ketara di kepala dan dada,” katanya.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2Fca051a67bdc6a07ffeb8b77fd28522aa.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


