KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen pasaran yang semakin baik susulan jangkaan konflik antara AS dan Iran akan reda.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0540/0580 berbanding dolar AS daripada paras penutup Jumaat lalu, iaitu 4.0565/0610.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata perkembangan itu susulan kenyataan Presiden AS, Donald Trump, yang memberi petunjuk bahawa serangan lanjut terhadap Iran tidak diperlukan.

"Keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS minggu lalu juga berkemungkinan memberi kesan besar terhadap dasar pentadbiran semasa.