PUTRAJAYA- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan dalam barisan Kabinet berkuatkuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah hari ini.

Anthony berkata, keputusan itu juga selari dengan pendirian beliau yang diumumkan pada Jumaat lalu iaitu peletakan jawatan serta-merta selepas Najib berada di rumah.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.