KUALA LUMPUR: Pertimbangan permohonan baharu pembukaan pusat data perlu mengambil kira ketersediaan bekalan elektrik dan keupayaan negeri menampung keperluan air.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pertumbuhan pusat data juga mesti diurus secara bertanggungjawab.

"Kos bekalan elektrik dan infrastruktur yang diperlukan mesti ditanggung oleh pengendali tanpa dipindahkan kepada rakyat atau perniagaan sedia ada.

"Keutamaan kita ialah membina asas ekonomi digital yang berdaya saing di samping membuka peluang kepada syarikat tempatan dalam penjanaan tenaga, penyimpanan tenaga dan kejuruteraan.